Penyusunan perjalanan perlulah sesuai iaitu anda harus pergi terus ke Seoul City sebab bahagian utara dan timur negara Korea jaraknya tidaklah jauh hanya lebih kurang 3 jam perjalanan menggunakan bas.Setelah puas anda melawati kesemua tempat seperti Nami Island, Sokcho, Itaewon, Yongin dan Seoul.
Seterusnya anda bergeraklah ke pulau Jeju menggunakan penerbangan domestik. Take your time to enjoy the moment in Jeju Island. Daripada Jeju maka pergi pula ke Pusan iaitu destinasi sebelum ke Hakata,Fokuoka,Japan.
Penerbangan Busan to Fokuoka mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja. Harga tiket sehala bagi penerbangan Air Busan adalah KRW110,000 seorang (Harga Promo). Bro candangkan, gunalah Live Currency Converter untuk semak kadar pertukaran mata wang.
Manakala pengangkutan laut pula, anda boleh menempah melalui Koreaferry dengan menggunakan perkhidmatan feri Camellia Line diantara Pusan dan Hakata sehala yang berharga KRW80,000 seorang. Masa yang diambil Sails overnight (22:00-06:00) in one direction, by day (12:30-18:00) in the other.
Akhir kalam, bro nasihatkan anda buat kajian yang tepat dan mantop kerana melibatkan masa dan kewangan. Cadangan ini hasil kajian bro sebelum ke Korea tahun 2015. Namun agak kecewa kerana kesuntukan masa cuti. Jadi bro hanya kongsikan impian ini bersama rakan pembaca.
Sekian perkongsian Bro. Selamat mencuba dan berjimat ketika melancong ke Japan. Rakan-rakan yang pertama kali hendak ke Japan secara sendiri boleh cuba gunakan kad panduan Naracards. Maklumat lanjut, layari Naracards.com
![]() |
Naracards - Your Travel Itinerary |
"JADILAH PENGEMBARA BIJAK,NIKMATI PERCUTIAN ANDA"
1 comments:
padu!!