PERALATAN ASAS VIDEO/IMEJ KETIKA TRAVEL




Travel sudah menjadi satu fenomena hari ini, dimana wujudnya laman sosial yang berkongsikan pelbagai pengalaman pengembaraan masing-masing. Oleh yang demikian, sewaktu travel anda perlu tahu apakah peralatan yang minima untuk dibawa bagi membolehkan anda merakamkan memori indah dan detik yang sukar dilupakan dalam kehidupan anda yang mungkin tidak berkesempatan berulang kembali. Disini bro memberikan pendapat dan cadangan serta pengalaman bro travel membawa peralatan tersebut.

Dahulunya bro akan membawa beg peralatan kamera DSLR dan lensanya yang berat mencecah 10KG. Cuba anda bayangkan?  bagaimana bro membawa ke semua peralatan ini dengan digalas dihadapan dan belakang, memanglah sangat azab. Namun begitu, untuk mendapatkan hasil kualiti gambar dan video yang kategori semi pro maka, bro galas ke semua itu termasuk backpack pakaian dan juga backpack peralatan.

Hari ini, fenomena sebegini mungkin dah berubah kerana apabila travel kita perlukan peralatan kamera cepat mudah dibawa dan ringan serta hasilnya tip-top seperti DSLR.

Namun begitu, night scenery adalah paling sukar ketika anda hendak merakamkan video ataupun imej kerana anda perlukan stabilizer untuk mengelakkan goyang serta kekurangan pencahayaan. Berikut adalah peralatan yang bro gunakan ketika travel bagi memudahkan sesi rakaman video dan imej.

Speed Light (dalam bahasa jawa Flash),
DSLR Camera (D7000/D90 Nikon),
Tripod,
Wide Lens,
Telephoto Lens,
Remote control,
Phone,
Power Bank 20,000mAh,
Memory Card & Waterproof case,
GoPro Hero 6.


Selain daripada DSLR, peralatan-peralatan dibawah ini sangatlah mudah dan cepat serta hasilnya begitu profesional hampir bersamaan keupayaan DSLR.

Jom layan peralatan tersebut dengan percuma sahaja. Beli sahaja anda perlu bayar. Penghantaran juga percuma. Hey saya bergurau sahaja ...

Jika anda tak nak bersusah payah, anda hanya bawa smartphone sahaja, maka gimbal DJI adalah pilihan paling sesuai.

Gadget pilihan saya ialah Sony a7R II Full Frame mirrorless, Sony 75-300mm(lens),GoPro Hero 7, JOBY Micro, GoPro Karma, dan Gnarbox paling minima untuk travel. Pasti anda akan tersenyum puas setelah pulang daripada travel dan tak sabar hendak muat-naik di media sosial.



** Bagi memudahkan perjalanan anda, bro cadangkan menggunakan Itinerary daripada Naracards ianya sangat membantu anda melancong secara sendiri. Let's try dude!


Naracards - Your Travel Itinerary






"Be a traveller, don't be a visitor"



Next
Previous
Click here for Comments

0 comments: