EAST JAVA 6D5N Bromo, Ijen, Malang and Batu

Salam sejahtera, bertemu kita kembali dalam kembara bro kali ini untuk melihat keindahan ciptaan yang maha kuasa iaitu gunung berapi. Lokasi kali ini adalah di Jawa Timur iaitu Surabaya, Banyuwangi, Probolinggo, Batu dan Malang. Bermula dari rumah keluar menggunakan teksi, kereta api, bas, feri, kapal terbang, supir,Grab dan juga Go Jak. Inilah pengembaraan bro yang dapat menggunakan semua jenis pengangkutan dan perkhidmatan yang ada sepanjang pengembaraan.

Bro membawa gadget untuk merakamkan detik indah dan panorama disini  iaitu telefon Sony Xperia Z2 (swafoto) , GoPro Hero 6 (wide) dan DSLR Nikon D7000 (zoom lens) serta tripod.


Anda boleh mengikuti jejak bro di pautan diari polarsteps:-

https://www.polarsteps.com/MohammadFarihanAbdullah/1036952-surabaya-bromo-malang-trio-trips-6d5n

Cowboy Machines
Segalanya bermula disini dengan penuh azam.

DAY 1.



menaikki perkhidmatan keretapi ke terminal feri.




Turun feri naik pula bas rapid penang dengan bayaran MYR2.70 dari jeti ke lapangan terbang antarabangsa Penang.



Jauh perjalanan lebih rasa kepuasan. Kini tibalah di lapangan terbang lebih awal daripada waktu berlepas 15.15 Penang, Malaysia - Juanda, Surabaya dengan bayaran MYR660 dua hala. Namun, penerbangan ditunda sehingga jam 18.15. 



Setelah 3 jam dalam penerbangan maka tibalah di lapangan terbang Juanda, Surabaya. 


setibanya disini bro dijemput oleh Toto (supir) daripada Javana Tour yang dimiliki oleh Yohanes Sugandi untuk bergerak ke Homestay Probolinggo sebelum menaiki jeep ke Bromo melihat terbitnya fajar jam 03.00 (waktu tempatan). Jarak perjalanan kami dari lapangan terbang kesini mengambil masa lebih kurang 3-5 jam (waktu normal), jika kesesakan lalu lintas mungkin hampir 5 jam.

Setelah 3 jam dalam kenderaan yang dipandu Toto maka,  lebih kurang jam 01.00 pagi kami tiba di Homestay Javana SS Bromo dan tidur serta rehat seketika sebelum mendaki. 

Bayaran untuk pakej ground ini hanya IDR3,000,000 = MYR768 seorang. Jika anda bergerak 4-6 orang satu kumpulan bayarannya akan lebih murah sedikit. Bayaran ini termasuk kesemua kemudahan seperti penginapan, pengangkutan dan sarapan. Memang berbaloi-baloi dan yang penting servis daripada Javana Tour ini diberikan oleh bro 5 bintang. Supirnya peramah dan sopan santun. Manakala pak Yohanes Sugandi pula merupakan pemilik agensi ini sangat peramah dan juga friendly. Setiap persoalan yang dilontarkan melalui Whatsapp nya akan dibalas dengan kadar segera. 

Yohanes on my right hand side and his team


DAYS 2.




Tepat jam 03.30 pagi kami dijemput oleh Jeep warna kuning untuk terus ke puncak Bromo Sunrise View Point. Jarak perjalanan lebih kurang 30 minit daripada Javana Homestay. Setibanya disini, jarak pendakian lebih kurang 150 meter dari tapak parkir jeep.



Setelah puas menikmati keindahan terbitnya fajar, maka bro teringat pesan miss dyen (Sekutu) untuk belikan Fridge Magnetic untuk kenang-kenangan kerana keluaran bromo ini hanya terdapat disini sahaja boleh dikatakan sebagai exclusive. Bro membeli 5 pcs berharga IDR100,000 bersamaan MYR25.  Selesai disini lebih kurang jam 08.00 kami bergerak ke gunung berapi Bromo. 













Di kawasan parkir, bro memilih menunggang kuda ke kaki anak tangga kawah Bromo dengan bayaran IDR75,000 = MYR19 seekor untuk dua hala setelah perjanjian dengan pemiliknya melalui tawar-menawar. Disini anda harus menawar sebaik mungkin kerana takut pemilik kuda cuba mengambil kesempatan. 

Pada permulaannya bro berbincang IDR150,000 untuk 2 ekor kuda dan dua hala akan tetapi terjadi tragedi iaitu pemilik kuda meminta IDR200,000 sehala jika mahu pulang maka perlu tambah bayaran menjadi IDR300,000 keseluruhannya. Justeru itu bro membayar IDR200,000 sehala dan pulang berjalan kaki tanpa mahu bertengkar lebih lama. Namun setibanya bro di parkir, supir memandang dengan penuh keheranan, kenapa harus berjalan kaki setelah dibayar dua hala?

Maka, dengan bantuan supir tadi, beliau telah mencari semula pemilik kuda dan meminta kembalikan wang bro seperti di janjikan. Namun, beliau hanya kembalikan IDR100,000 . Jadi bro hanya bayar untuk dua ekor kuda sehala sahaja dengan harga IDR100,000 . 

***P/S : Untuk kebaikkan anda, sila buat bayaran kepada pemilik kuda di kawasan parkir jeep setelah selesai dua hala.

DAYS 3

Bondowoso Ijen Bamboo Homestay iaitu terletak di daerah Banyuwangi. Perjalanan bermula jam 09.30 pagi daripada Bromo terus ke Bondowoso. Iannya mengambil masa kira 5 jam perjalanan ke Bondowoso Ijen Bamboo Homestay dan tiba kira-kira jam 15.00 . Bro rehat, tidur dan makan disini sehingga jam 23.00 sebelum ke kawah Ijen dengan bayaran MYR30.00/malam.




IDR45,000 makan malam
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Setibanya di parkir kaki gunung berapi Ijen jam menunjukkan 01.00 dan permulaan pendakian akan bermula tepat jam 01.30 pagi. Tapi keadaan hujan gerimis menyebabkan sekumpulan pendaki menunggu agar hujan reda. Permukaan jalan pendakian amat licin kerana laluan berbatu.

Alhamdulillah, tepat jam 01.45 kami dibahagikan mengikut pemandu arah sebanyak sepuluh orang pendaki setiap kumpulan. Bro telah dipilih masuk kedalam kumpulan pendaki eropah. Kami bergerak sejurus kumpulan dibahagikan. Pemandu arah kumpulan kami bernama Sahari. Pendakian mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit dalam jarak 2.9 kilometer dengan tahap kecerunan 5-10 darjah. Suhu 17 darjah celcius di parkir kereta manakala dipuncak suhu menurun sehingga 12 darjah celcius.

***P/S : Sila memakai pakaian mendaki serta kalis air atau baju hujan nipis. Kasut mendaki AMAT PENTING untuk menggelakkan anda tergelincir.






Blue Fire, Ijen Crater




Peta 3D

Pendakian berakhir





.....to be continue





Latest
Previous
Click here for Comments

0 comments: