Kali ini pula, bro akan berkongsikan pengalaman perjalanan ke bandar Ho Chi Minh (HCM), Vietnam selama 5D4N menggunakan ground pakej. Penerbangan seawal jam 0745 pagi daripada KLIA membuatkan kami terpaksa tidur di lapangan terbang KLIA semalaman. Namun begitu, ia tidak dapat mematahkan semangat bro untuk menjejaki bandar bersejarah tersebut.
Ho Chi Minh atau lebih polular dengan nama Saigon dahulunya. Merupakan tempat bersejarah yang melakarkan peristiwa pahit diantara Vietnam dan Amerika (RAMBO II) melalui peperangan. Sudah pasti setiap generasi mereka akan terpahat rasa ngeri apabila mengenangkan peritiwa itu dalam memori ingatan mereka.
Setelah 3 jam dalam penerbangan maka, jejaklah kaki bro di nusantara itu. Apabila tiba bro disambut oleh rakan vietnam. Beliau adalah Hung Kevin yang fasih berbahasa melayu. Walaupun beliau merupakan seorang anak tempatan, namun ianya tidak menghalang beliau daripada berlajar bahasa asing. Beliau seorang yang peramah,periang dan sopan santun. Bro dibawa oleh kevin ke hotel Thanh Truong iaitu milik hotel sepupunya yang bernama Sofea (Thuy Pham) seorang muslim dan merangkap pengurus sweet summer travel.
Bro memilih ground pakej hotel beliau iaitu kerana termasuk pengangkutan, penginapan dan paling penting adalah makanan halal. Hotel tersebut juga berada ditengah-tengah pusat bandar HCM. Diseberang hotel tersebut terletaknya pasar Ben Thanh yang sangat popular di waktu siang dan di sebelah malam pula terdapat pasar jalanan. Jarak dari hotel ke pasa tersebut hanya 3 minit berjalan kaki. Di sini anda boleh membeli ole-ole untuk dijadikan sebagai kenangan dengan harga sangat murah bergantung daripada cara tawar-menawar anda dengan penjual.
Pakej perkhidmatan daripada sweet summer travel bro berikan 5 bintang kerana layanan sopan,mesra dan ramah serta flexible. Harga pakej juga berpatutan iaitu MYR599 5D4N termasuk pengangkutan, penginapan dan semua tiket masuk ke pusat pelancongan serta makan 3 kali sehari.
***Tip melintas jalan raya
Anda perlu menggunakan bahasa isyarat tangan apabila ingin melintas jalan raya supaya kenderan tersebut akan memberikan laluan kepada anda sebagai pejalan kaki.
** Peringatan!!! Jika anda tidak mahu membeli jangan lakukan tawar-menawar sesuka hati kerana ini akan mendatangkan kemarahan kepada penjual.
Jumlah kesemua perbelanjaan bro selama 5D4N adalah sebanyak MYR599 seorang tidak termasuk harga tiket penerbangan AirAsia dua hala Kuala Lumpur - Ho Chi Minh. Maka trip ini bro memberikan 4.7 ✭✭✭✭ keseluruhannya.
 |
HR Saigon
|
 |
My friends from Perak and Hung Kevin on my left |
 |
Hard Rock Saigon |
 |
Pengangkutan yang digunakan sepanjang di HCM ....muatan 28 orang penumpang |
 |
Ben Thanh night market opposite hotel around 3 minutes walking |
 |
Mekong River Cruise |
 |
Opposite Thanh Truong Hotel. Buy a chipper Deuter here MYR30 for 42litter size |
 |
Halal dinner included in the package |
 |
Halal Food Restaurant |
 |
War Museum |
 |
Mekong River Halal food at Mousqe included in the package |
 |
My favorite drink Mango /Avocado Smoothies just add-on from package MYR7 |
 |
Bandar raya HCM yang sibuk. Anda perlu gunakan isyarat tangan apabila ingin melintas jalan supaya kenderaan memberi laluan kepada pejalan kaki ketika melintas. Kenderan tidak akan berhenti sama sekali. |
"Be a traveller, don't be a visitor"
1 comments:
terbaik laa..